Pengkisahan Melayu Pulau Pinang

Ucapan Dato’ Nazir Ariff
Persatuan Warisan Pulau Pinang Pengerusi Bersama Kolokium
Tujuan Pengkisahan Melayu Pulau Pinang adalah untuk mengungkapkan sejarah umat Islam Pulau Pinang. Dengan cara ini, kita akan memahami perkembangan umat Islam Pulau Pinang, yang berasal dari pelbagai keturunan – Aceh, Arab, Benggali, Jawa, Malabari, Melayu, Minang, Mandailing, Pathan, Punjabi, Tamil dan seterusnya. Perbauran antara pendatang dan penduduk asal menghasilkan kebudayaan Jawi Peranakan yang kaya dan istimewa kepada Pulau Pinang.

Sejarah umat Islam di Pulau Pinang cukup menarik, dari masyarakat pribumi sebelum kedatangan British ke zaman Pulau Pinang menjadi tumpuan perdagangan Aceh, benua Arab dan India sampai kepada masa Pulau Pinang menjadi pusat persuratkhabaran Melayu, pendidikan Islam, pekerjaan Haji dan pementasan Boria dan Bangsawan.

Dalam pada itu, tidak memadai kita mengimbau kembali sejarah gilang gemilang umat Islam Pulau Pinang dan meratap kehilangannya. Kita juga mesti melihat keberadaan warisan dan adat resam umat Islam yang kini terancam dek pembangunan. Banyak kediaman tokoh-tokoh bersejarah seperti Syed Shaikh al-Hadi, Ahmad Rashid Talu dan Mohd. Ariff, telah tergadai atau terjual.

Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menye-lamatkan dan mempertahankan penempatan pra-British seperti Dato’ Kramat di Jalan Perak dan Batu Uban; penempatan pesisir seperti Tanjung Tokong dan Bagan Jermal; pemukiman-pemukiman sepanjang Sungai Pinang serta pemukiman kota seperti di Lebuh Acheh, Jalan Hatin, Jalan Kedah, pemukiman luar kota seperti Balik Pulau dan Seberang Prai. Ya, kita telah melestarikan rumah P. Ramlee, Masjid Lebuh Acheh dan pada tahun ini, Masjid Kapitan Keling. Tetapi kita juga patut menyelamatkan pondok, madrasah dan percetakan awal di samping bangunan-bangunan yang mempunyai kaitan dengan tokoh-tokoh bersejarah seperti Sheikh Omar Basheer dan Tengku Kudin, dan makam-makam dermawan seperti Kapitan Keling dan Mohamed Noordin.

Jangkaun hubungan kemasyarakatan umat Islam Pulau Pinang tidak terbatas kepada pertalian sesama sendiri sahaja tetapi mencakupi kaum bukan Islam. Perkongsian perniagaan antar-kaum, perikatan politik dan perkahwinan campur menjadi kebiasaan. Ketara pertumbuhan umat Islam di Pulau Pinang terbentuk dalam suasana kemajmukan, dan ini tercermin dalam warisan pelbagai budaya dan seni bina yang dapat ditemui di Pulau Pinang, hari ini.

Besar kemungkinan warisan wakaf Tanjung merupakan peninggalan perkotaan yang terbesar umat Islam di Malaysia, dan barangkali di Asia Tenggara. Namun keberadaannya usang, buruk dan memalukan! Kalau warisan ini diper-tahankan, dipelihara dan dijaga dengan baik, ia akan menjadi kebanggaan dan kemegahan umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di benua Arab, Indonesia dan India. Sebaliknya kalau warisan ini dirobohkan dan diruntuh-ranapkan, lenyaplah dan terhapuslah peninggalan umat Islam di Pulau Pinang dan dari muka bumi ini. Tidak ada sesiapa yang dapat kita persalahkan kalau generasi mendatang tidak lagi mempunyai ingatan mengenai sejarah umat Islam di Tanjung.

Memanjangkan tradisi budaya umat Islam di Pulau Pinang menuntut adanya payung naungan bagi seniman kita, baik ahli muzik, pelukis, penulis dan sebagainya, yang merupakan khazanah hidup kita, agar mereka dapat menurunkan ilmu dan tradisi kita kepada generasi mendatang. Dukungan dan pendanaan merupakan pra-syarat bagi penampilan warisan dan tradisi umat Islam sebagai sumber pendidikan dan ekonomi, bukan sahaja kepada para belia Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya tetapi untuk sama-sama dinikmati dan dihargai oleh umat manusia seluruhnya.

Utusan oleh Prof. Wazir Jalan Karim
Akademi Sains Sosial Malaysia (AKASS) – Pengerusi Bersama Kolokium
Sejarah kaum Melayu Selat di Pulau Pinang telah dikaburi oleh penulisan-penulisan kolonial British yang memulakan peng-kisahan Pulau Pinang dari tarikh Francis Light mengasaskan Pulau Pinang dalam tahun 1786. Justeru itu, ahli-ahli sejarah tidah mementingkan sejarah pra-kolonial politik, ekonomi dan sosial Pulau Pinang yang sebenarnya berkembang melalui sistem pentadbiran dan politik pribumi Melayu, sepertimana yang dibincangkan dalm tulisan-tulisan etnologi dan etnografi di Semenanjung.

Walaupun Pulau Pinang dan Seberang Prai telah diduduki oleh kaum Melayu dan perkampungan nelayan Melayu menitik pantai dari Jalan Kelawai hingga ke Balik Pulau, namun secara tidak langsung orang British telah membawa masuk tamadun Islam ke Pulau Pinang dengan menggalakkan penganut agama Islam yang terdiri daripada kaum Rawa, Minang, Acheh, Jawa, Bugis dan lain-lain. Kesemua kaum-kaum Nusantara itu telah membangunkan Pulau Pinang dengan kegiatan perdagangan. Manakala keturunan daripada Arab, Tamil, Punjabi, Bengali, Gujerati dan Afghani amat tertarik dengan pertumbuhan ekonomi pulau ini dan terus mengambil kesempatan menjalankan perdagangan rempah, kain, bawang dan emas.

Proses difusi budaya dan bangsa serta assimilasi sosial telah berlaku dengan pantasnya kerana kebanyakan pedagang-pedagang ini telah bernikah dengan perempuan Melayu tempatan untuk mengekalkan tempat dan status mereka dalam masyarakat Islam di sini. Justeru itu, maka wujudlah kaum Jawi Pekan atau Melayu Pekan yang terasing dari kaum-kaum nelayan Melayu di tepi pantai pulau ini. Budaya dan sistem sosial kaum-kaum ini berbeza dari segi institusi-institusi sosial tempatan yang diamalkan. Umpamanya, kaum Melayu mengekalkan sistem kepimpinan penghulu, sistem pasar pagi, pasar malam dan sistem persekolahan pondok, manakala, kaum Jawi Pekan telah mementingkan sistem kepimpinan Kapitan, Sherif dan Nazir yang berdasarkan masjid perkauman, chowrasta, madrasah, keramat dan sekolah madrasah.

Dari segi warisan, kaum Melayu Selat sememangnya mempunyai rekabentuk rumah yang unik khasnya senibina rumah Jawi Pekan yang banyak terdapat di bandar George Town. Senibina ini masih dapat dilihat di George Town kerana rumah-rumah ini tahan lebih lama berbanding dengan rumah-rumah papan dan atap kaum Melayu. Senibina rumah Jawi Pekan adalah berdasarkan senibina Melayu-Anglo yang menggunakan material batu bata. Justeru itu, apabila tamadun Melayu dibincangkan di Pulau Pinang, unsur-unsur Tamadun India, Arab dan Cina sering dipayungkan di bawah konstruk model Melayu mengikut tradisi ekeletik dan sinkretik dunia Melayu di semenanjung. Dengan kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu, maka wujudlah konsep keetnikan Melayu berdasarkan agama Islam dan affilasi politik perkumpulan kaum-kaum Nusantara dan Asia Barat. Budaya-budaya yang beraneka ini membangunkan satu tamadun Islam yang kaya dan unik di rantau ini tetapi warisan Melayu asal dari segi gaya hidup, adat dan adab semakin tipis dan menjadi bayangan budaya desa tradisional yang tidak ada tempat dan makna di dalam warisan Melayu Selat.

Sebenarnya, sejarah Melayu pantai di Pulau Pinang masih lagi tidak lengkap catatannya dan terdapat beberapa persoalan yang timbul mengenai kedudukan masyarakat Melayu Selat di sini. Umpamanya, apakah hubungan orang Melayu Selat dengan kaum-kaum Negrito asli yang telah menetap di tapak penempatan sementara di Seberang Prai? Adakah tapak-tapak penempatan ini telah diambilalih oleh kaum-kaum Nusantara dan adakah kaum Negrito asli ini telah lari apabila kaum-kaum Nusantara datang mengambilalih tapak perkampungan orang Negrito asli ini? Kini, kaum-kaum Melayu Selat tidak akan lari tetapi penulisan sejarah mengenainya masih belum lagi selesai. Maka, terpulang kepada para cendikiawan dan pelindung-pelindung warisan Melayu untuk menulis semula pengkisahan Melayu Pulau Pinang.

 

Aturcara

8.00
pagi
Pendaftaran
8.50
Ketibaan Dif-Dif Kehormat
9.00
Ketibaan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T. Tun Dato’ Seri Haji Abdul Rahman Haji Abbas SMN, DUPN, DMPN, DJN dan Toh Puan Datin Seri Hajah Majimor Shariff
9.05
Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang
9.10
Ucapan Aluan oleh Y. Bhg. Dato’ Nazir Ariff, Pengerusi Bersama Kolokium Pengkisahan Melayu Pulau Pinang
9.20
Ucapan Perasmian Kolokium oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T. Tun Dato’ Seri Haji Abdul Rahman Haji Abbas Pukulan gong sebanyak 3 kali
9.30
Pelancaran Halaman Web Akademi Sains Sosial, Malaysia (AKASS), malaysiasociety.org
9.35
Penyampaian Cek sumbangan daripada wakil The Japan Foundation, Encik Sugihara Masamichi, Ketua Pengarah The Japan Foundation kepada Y. Bhg. Dato’ Kamal Hashim, Pengerusi Projek Pengkisahan Pulau Pinang
9.40
Penyampaian Cenderahati kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T. Tun Dato’ Seri Haji Abdul Rahman Haji Abbas oleh Y. Bhg. Dato’ Kamal Hashim
9.45
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau Pinang. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T. Tun Dato’ Seri Haji Abdul Rahman Haji Abbas dan Toh Puan Datin Seri Hajah Majimor Shariff meninggalkan dewan ke Jamuan Teh
10.00
Jamuan Teh untuk para peserta
10.30
Panel Sejarah 1:
Melayu Pulau Pinang Sebelum dan Semasa Penjajahan British
Pengerusi   : Dr. Badriyah Salleh
Ucaputama : Dr. Nabir bin Haji Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Orang                      Melayu Pulau Pinang:Masalah Identiti, Integrasi dan Ketidaksamaan
Pembicara  : Prof. Madya Mohd. Razha Rashid, Universiti Sains Malaysia, Ekologi                      Budaya dan Pemukiman  : Melayu Pesisir Pulau Pinang dan Seberang                      Perai, Sebelum Inggeris; Mahani Musa, Universiti Sains Malaysia, Melayu                      Muslim dan Persatuan Sulit di Pulau Pinang Abad ke 19 dan 20; Prof.                      Omar Farouk Bajunid, Hiroshima City University, Masyarakat Keturunan                      Arab di Pulau Pinang: Dahulu dan Sekarang; Prof. Madya Ariffin Omar,                      Universiti Sains Malaysia, Pergerakan Kumpulan Islam Semasa                      Penjajahan Inggeris di Pulau Pinang.
Rumusan oleh Pengerusi & Sessi Soal-jawab
12.45
ptg
Makan Tengahari Solat Zohor
2.00
Panel Sejarah 2 :
Perantauan dan Pembangunan Kaum-Kaum Islam Pulau Pinang
Pengerusi   : Prof. Wazir Karim Jahan, Akademi Sains Social Malaysia (AKASS)
Pembicara  : Dr. Mohd. Isa Othman, Universiti Sains Malaysia, Hubungan Kedah-Pulau                      Pinang (1786-1909); Abdur-Razzaq Lubis, Asian Public Intellectual (API)                      Fellow, Orang-orang Indonesia di  Pulau Pinang; Mala Rajo Sathian,                      National University of Singapore, Hubungan Thai  Selatan dengan Pulau                      Pinang
Rumusan oleh Pengerusi & Sessi Soal-jawab.
Jamuan Teh akan disediakan ketika panel bersidang.
3.30
Panel Sejarah Lisan :
Pengerusi   : Prof. Omar Farouk Bajunid
Pembicara  : Haji Yusuff Azmi Merican, Kumpulan Waris & Nazir Wakaf, Persatuan                      Warisan Pulau Pinang; Cikgu Mohamed bin Yahaya, Lebuh Acheh; Cikgu                      Mohd. Bahroodin Ahmad, Penasihat Kebudayaan, Persatuan Warisan                      Pulau Pinang
4.45
Ucapan penutup oleh Prof. Wazir Jahan Karim, AKASS, Pengerusi Bersama Kolokium
5.00
Majlis Bersurai

Profil Pembicara

Abdur-Razzaq Lubis
Semenjak tahun 1998, wakil rasmi Badan Warisan Sumatra dan ketua projek perantauan, kepemerintahan dan warisan budaya Mandailing, yang didukungi oleh The Toyota Foundation. Mulai tahun ini, Asian Public Intellectual (API) Fellow, tajaan The Nippon Foundation, dan Field Officer for Indonesia, projek Islam and Bio-diversity tajaan Alliance for Religions and Conservation (ARC). Pengarang bersama, Taiping, Town of Everlasting Peace (1997), Ipoh, The City that Tin Built (1999) dan Lebuh Acheh & Lebuh Armenian, Wadah Tumpuan Warisan Budaya (2000). Pendiri laman web Horas Mandailing, www.mandailing.org
Email arlubis@mandailing.org
Ariffin Omar
(Ph.D, History Department, Australian National University;
M.A. Singapore University; B.A. Universiti Sains Malaysia)
Profesor Madya, pensyarah di Bahagian Sejarah, Universiti Sains Malaysia sejak tahun 1974. Anggota pengasas Aliran. Berminat mengenai isu-isu nasionalism, Islam dan kepemerintahan madani. Pengarang, Bangsa Melayu, Malay Concepts of Democracy and Community, 1945-1950 (1993) dan Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu (1999).
Email ariffin@usm.my
Mahani Musa
(B.A., Sejarah, Universiti Sains Malaysia)
Pensyarah, Bahagian Sejarah, Universiti Sains Malaysia. Pada masa ini sedang menyambung pelajaran di Peringkat Doktor Falsafah di University Malaya, dalam bidang Sejarah Malaysia, Politik dan Sosial abad ke 19 dan 20.
Email mahani@usm.my
Mala Rajo Sathian
(M.A., B.A. Honours, Universiti Malaya)
Bidang kajian termasuk sejarah sosio-ekonomi dan politik Thailand, hubungan perdagangan perantauan Asia Tenggara (Upper Mainland SEA) dan sejarah komuniti minoriti di Asia Tenggara. Artikel, Protestant Mission in Northern Siam: Foundation and Confrontation, Jurnal Sejarah. Anugerah Young Scholars Award dari Toyota-Japan Foundation (1992/3). Di bawah naungan SEASREP, Japan, dia mengikuti program pertukaran di Thammasat University, Bangkok (1997). Kini mengikuti program Ph.D di National University of Singapore dalam bidang sejarah sosio-ekonomi negeri-negeri selatan Thailand.
Email mrsathian@hotmail.com
Mohd. Isa Othman
(B.A. Universiti Malaya; Ph.D, Universiti Sains Malaysia)
Pensyarah bahagian sejarah di Pusat Pengajian Pendididkan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Dilahirkan di Kodiang, Kedah. Pernah menjadi guru (1975-1986) dan berminat dalam bidang penulisan. Bukunya termasuk Politik Tradisional Kedah, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Sejarah Pergerakan Protes di Malaysia Pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20 dan Pengalaman Kedah dan Perlis Pada Zaman Penjajahan British. Menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan mengetuai Biro Kaji Selidik dan Dokumentasi.
Nabir bin Haji Abdullah
(B.A. Universiti Kebangsaan Malaysia; Ph.D, Universiti Sains Malaysia)
Pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai ketua jabatan sejarah 1998-2000. Dilahirkan di Seberang Perai Selatan. Bidang pengkhususan ialah sejarah pentadbiran British di Malaysia. Pengarang buku Il-Ihya Assyarif, Gunung Semanggol mengenai sejarah pendidikan dan perjuangan politik, ekonomi dan sosial berunsur agama. Tesis sarjana, Pendidikan Orang Melayu Singapura sehingga 1920-an. Tesis doktor falsafah, Masalah Tanah di Pulau Pinang 1786-1840-an. Artikel, Sejarah Hubungan Turki dan Alam Melayu (Jebat). Kertas-kerja, Sejarah Perjuangan Melayu Kedah menentang Siam. Penyelidikan kini, Diaspora Cam di Malaysia (tajaan The Toyota Foundation)
Email nabir_ukm@yahoo.com
Omar Farouk Bajunid
(Ph.D, Politics and Government, University of Kent; B.A. Honours, Universiti Malaya)
Profesor Politik Perbandingan, Fakulti Pengkajian Internasional, Hiroshima City University. Editor bersama Islam and Civil Society in Southeast Asia, 2001, dan artikel termasuk The Arabs in Southeast Asia: A Preliminary Overview dalam Hiroshima Journal of International Studies, Vol. 2, March 1996.
Email omar@intl.hiroshima-cu.ac.jp
Mohd. Razha Rashid
(B. Soc. Sc., Unviersiti Sains Malaysia; M.A. York University, Ph.D Anthropology, Toronto University)
Prof. Madya and Timbalan Dekan, Kajian dan Lepas Ijazah di Pusat Pendidikan Jarak Jauh. Pengkhusuan dalam Budaya Minoriti khasnya mengenai Orang Asli, kaum Semang dan Negrito. Editor, Indigenous Minorities of Peninsular Malaysia: Selected Issues and Ethnographies (1995) dan pengarang Shifting Political Culture: Malay Social Construction of Leadership and Legitimacy (1999). Artikel, Martial Arts and the Malay Superman dalam buku Emotions of Culture (1990).
Email raza@usm.my

Panel Sejarah Lisan

Mohd. Bahroodin bin Ahmad
(B.A. Seni Halus & Seni Pentas, Universiti Sains Malaysia)
Pengarah, penulis skrip dan pakar dalam adat resam Melayu, boria, bangsawan, tarian dan lain-lain pementasan tradisional. Cikgu Bahroodin mengajar dan juga mempraktikkan seni pentas supaya warisan budaya ini tidak ditelan zaman.
Mohamed Bin Yahaya
Dilahirkan pada 1938 di rumah No. 69 Lebuh Acheh dan masih tinggal di alamat tersebut. Mulai zaman persekolahannya di Sekolah Melayu Jalan Hatin (Chowrasta). Kemudian ke Sekolah Francis Light dan Penang Free School. Bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah di Seberang Perai dan Pulau Pinang. Pada tahun 1993 bersara sebagai Guru Penolong Kanan di Sekolah Rendah Kebangsaan Francis Light. Pendiri Badan Warisan Masjid Melayu Pulau Pinang pada tahun 1994. Pernah menjadi ahli jawatankuasa Qariah Masjid Melayu Pulau Pinang dan Darul Ahsan Football Club. Keturunan generasi ke-5 Sheikh Omar Basheer.
Yusuff Azmi Merican
Penerima pendidikan awal di Sekolah Francis Light, kemudian di Penang Free School. Masuk Sultan Idris Training College, Tanjung Malim, pada tahun 1959. Berkhidmat sebagai guru di Alor Star, Kepala Batas dan menjadi guru besar Sekolah Rendah Francis Light. Bersara sebagai pegawai pendidikan dari Jabatan Pendidikan. Keturunan generasi ke-6 Hashim Yahya Merican. Pada tahun 1970, Haji Yusuff dilantik menjadi Nazir Mesjid Hashim Yahya di Jalan Perak.

Pengerusi

Badriyah Haji Salleh
(Ph.D, History Department, Columbia University)
Bekas Profesor Madya Sejarah, telah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia dari tahun 1985-2001. Pernah menjadi guru di beberapa sekolah menengah di Perlis dan Perak. Penulis buku Kampung Haji Salleh dan Madrasah Saadiah-Salihian 1914-1959 (1984); Penyelenggara bersama, Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif (1997); Majalah dan Suratkhabar Melayu Terbitan 1887-1967 di Perpustakaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1999) dan Warkah Al-Ikhlas 1818-1821 (1999)
Email badriyah@pd.jaring.my
Sharom Ahmat
(Ph.D Sejarah Asia Tenggara, Universiti London, 1969)
Bekas Profesor Sejarah, Dekan Kemanusiaan dan Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia. Bersara pada tahun 1992. Bekas Penasihat Akademik Universiti Brunai Darussalam. Telah membuat kajian mengenai sejarah Kedah pada abad 19 dan awal 20. Pengarang, Tradition and Change in a Malay State: A Study of the Economic and Political Development of Kedah 1842-1923 (JMBRAS 1984).
Wazir Jahan Karim
(B. Soc. Sc., Singapore; M.Phil, Ph.D, London School of Economics)
Profesor Antropologi, Universiti Sains Malaysia. Pengarang, Ma’ Betise’ Concepts of Living Things (1981), Women and Culture: Between Malay Adat and Islam (1992) and lain-lain. Ketua Pengarah, Akademi Sains Social, Malaysia (AKASS); memulakan MAWAR, yang mempromosikan sejarah, warisan dan budaya Orang Asli dan ERA 21, mengenai Engendering Research and Advocacy in the 21st Century. Mendirikan KANITA (Wanita dan Kanak-Kanak dalam Pembangunan) dan Pengarah-pendiri Pusat Kajian Pembangunan Wanita di Universiti Sains Malaysia. Konsultan Khas projek, HAWA (Hal Ehwal Wanita). Ahli jawatankuasa Persatuan Warisan Pulau Pinang.
Email wazir@pd.jaring.my

Penghargaan
Ribuan terimakasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang menyumbangkan masa dan tenaga untuk
menjayakan Kolokium Pengkisahan Melayu Pulau Pinang.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T. Tun Dato’ Seri Haji Abdul Rahman Haji Abbas SMN, DUPN, DMPN, DJN
dan Toh Puan Datin Seri Hajah Majimor Shariff

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Encik Shahul Hamid

Encik Arabi Sulaiman
Principal, Penang Free School

Y. Bhg. Dato’ Nazir Ariff
Penaja Kolokium

Jawatankuasa Pengelola Pengkisahan Melayu Pulau Pinang
– Dato’ Nazir Ariff, Pengerusi Bersama Kolokium
– Prof. Wazir Jahan Karim , Pengerusi Bersama Kolokium
– Dato’ Sharom Ahmat
Puan Khoo Salma Nasution , Konvenor Kolokium dan Setiausaha Bersama
Dr. Badriyah Salleh
Abdur-Razzaq Lubis
Woo Yee Saik , Pengurus Projek
– Lim Gaik Siang
– Nor Hamizi b. Mohd Amin

Puan Pujiati Hj. Khalid Hussein,
Rapporteur

Encik Omar b. Yusoff
Rapporteur

Priscilla Charles-Chee ( Persatuan Warisan Pulau Pinang )
Setiausaha

William Chow ( Persatuan Warisan Pulau Pinang )
Setiausaha

Raja Abdul Razak ( Persatuan Warisan Pulau Pinang )
Setiausaha

Melissa Ananthraj ( Persatuan Warisan Pulau Pinang )
Setiausaha

Melissa Ananthraj

Juruhebah

Nor Hamizi b. Mohd. Amin
Juruhebah