| Orang-Orang
Indonesia di Pulau Pinang*(1) Abdur-Razzaq Lubis*(2), Asian Public Intellectual, Nippon Foundation |
|||||||||||
| Pemisahan Semenanjung dari Kepulauan Nusantara Pada tahun 1824, Belanda dan Inggeris menandatangani perjanjian Anglo-Dutch Treaty yang memisahkan semenanjung dari kepulauan Nusantara ke dalam sfera pengaruh masing-masing. Sempadan negara-bangsa, Malaysia dan Indonesia adalah natijah dari treati ini. Kesan dari treati tersebut melewati arena politik dan ekonomi; malah mempengaruhi pemikiran dan diskusi akademik. Di bekalang hari, `realiti' perbatasan politik Malaysia-Indonesia telah membataskan penelitian sejarah sehingga menyebabkan pemisahan artifisial antara rakyat di kedua negara tersebut. Akibatnya, kefahaman kita mengenai sejarah kita - dahulu dan sekarang - menjadi kabur dan keliru. Dalam kerangka pemisahan ini, sarjana dan pentadbir Eropah di "British Malaya" mencipta dan mentakrif batas-batas atau ciri-ciri keMelayuan. Kemudian, batas-batas keMelayuan ini disambut dan dipertahankan oleh ahli-ahli sejarah nasionalis-revisionis dan para akademik sesudah Merdeka. Percobaan untuk mempribumikan sejarah Malaysia mencetuskan pendekatan sejarah daripada pandangan "Melayu" yang ekslusif. Versi "Melayu" sejarah Malaysia ini dirangsang oleh sentimen nasionalis sempit (ketaksuban Melayu). Identitas/jati diri "Melayu" yang telah dibetnuk oleh prasangka orientalis telah membawa kepada "administrative ethnic cleansing" yang memadamkan sejarah pribumi bukan Melayu dengan meMelayukan mereka dalam sejarah Melayu'dan sejarah Malaysia. Sekaligus ini, menidakkan kemajmukan manusia di rantau ini menjadi satu rumpun, yakni rumpun Melayu. Kemajmukan Tanda Kebesaran
Allah "Dan, tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu..." al-An'am: 38 "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". al-Hujarat: 13 "Jikalau Tahunmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu....' Hud: 118"...Sekiranya Allah menghendaki nescaya kamu dijadikanNya suatu umat (sahaja)..." alMaai'idah: 48 "...Sekiranya Allah menghendaki nescaya kamu dijadikanNya suatu umat (sahaja)..." alMaai'idah: 48 Perpindahan Orang Indonesia Ke
Pulau Pinang Zaman Pra-British Orang-orang Indonesia telah merantau atau berhijrah ke Pulau Pinang sebelum kedatangan Inggeris lagi, dan gejala ini berterusan sampai ke ini hari. Mereka datang sebagai pedagang, perantau, hamba abdi (budak), pelajar, pelarian ekonomi dan kemudian sebagai pelarian politik. Kehadiran mereka membawa perubahan, inovasi sekaligus memperkayakan sejarah semenanjung. Sebelum kedatangan Kapten Francis
Light ke Pulau Pinang, tiga beradik yang mempunyai kaitan dengan keluarga
diraja Minangkabau di Sumatra Barat, merantau ke Pulau Pinang. Mereka
mendapat izin daripada Sultan Ahmad Tajuddin, yang juga berketurunan Minang,
untuk menetap di Pulau Pinang bersama dengan pengikut-pengikut mereka.
Tiga beradik tersebut adalah Nakhoda Bayan, Nakhoda Intan, yang juga dikenali
dengan nama Haji Mohamed Salleh, dan Nakhoda Kechil, yang juga dikenali
Nakhoda Ismail. Mereka menguasai pesisir Bayan Lepas dan Balik Pulau,
Gelugor dan Tanjung.Nakhoda Kechil, malah membantu Kapten Francis Light
membangunkan kubu yang kemudiannya disebut sebagai Fort Cornwallis. Orang-Orang Aceh di Pulau Pinang Dato' Abdullah Hussain, Sastrawan Negara berketurunan Aceh, menulis bahawa: "Menurut cerita mulut, orang-orang Aceh lebih dulu datang ke Pulau Pinang daripada Francis Light. Mereka datang sebagai pedagang dan menjual dagangannya di suatu kawasan yang terbuka pada masa itu dikenali sebagai Teluk Jelutung (sekarang bernama Kampung Pulau, Jalan Perak), Kawasan Teluk Jelutung ini meliputi Kampung Rauna (Jalan Counter Hall) dan Kebun Lama (Jalan Langkawi dan Jalan Terengganu). Kesan kedatangan orang Aceh di Pulau Pinang sampai ini masih ada lagi seperti Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Masjid Aceh di Jalan Langkawi ialah wakaf daripada Tengku Nyak Itam, Lebuh Aceh (dulu Acheen Street), dan Lorong Nyak Abu dengan masjidnya sekali". Enam tahun setelah pos perdagangan British didirikan di Pulau Pinang pada 1786, Light melaporkan bahawa beratus-ratus orang Indonesia berdatangan ke Pulau Pinang dari Sulawesi dan Sumatra. Malah bahasa yang digunakan di mahkamah-mahkamah di Pulau Pinang mencerminkan keanekaragaman manusia (human diversity) di penempatan British tersebut selain mencerminkan sifat inklusif pentadbiran keadilan di Pulau Pinang. Bahasa yang digunakan termasuklah bahasa-bahasa Indonesia seperti Melayu, Jawa, Bugis dan Batak. "Malay Town" di Acheen
Street Lama-kelamaan Pulau Pinang menjadi pusat perdangangan bagi Sumatra khususnya Aceh. Di Pulau Pinang, lada hitam, batu-bata, ubin, kain, komoditi berharga seperti emas, kayu-kayan, ikan, dan sebagainya dijual-beli untuk barangan dari tempat-tempat lain di dunia.Pulau Pinang juga menjadi pusat perdagangan hamba abdi (perbudakan) yang aktif. Hamba abdi (budak) dari seluruh kepulauan Nusantara termasuk Melayu, Batak, Jawa dan dari bangsa lain dijual-beli di Pulau Pinang. Bagaimanapun, hamba abdi yang paling laku atau digemari adalah "girls and boys" dari Pulau Nias di pantai barat Sumatra. "Gadis-gadis" Nias mempunyai nilai pasaran yang tinggi kerana kecantikan dan kecerahan warna kulit mereka. Perbudakan dan Keturunan Cina Peranakan Sebahagian besar dari hamba-hamba abdi ini khususnya "gadis-gadis" yang cantik dan "putih" warna kulitnya dibeli oleh orang-orang Cina. Ketika itu, perempuan Cina tidak dibolehkan meninggalkan negeri Cina oleh empayar/Maharaja Cina. Maka tercatat pada tahun 1823 bahawa: "The women get comfortably settled as the wives of opulent Chinese merchants, and live in the greatest comfort", dan perempuan-perempuan ini, "contributed so much to the happiness of the male population, and the general prosperity of the settlement". "...banyak orang Cina menikah dengan budak-budak yang
berasal dari Sumatra Utara (Batak dan Nias) dan membina rumah tangga di
Malaya. ...Berdasarkan hal-hal ini dapatlah dikatakan, bahwa di dalam
tubuh banyak orang Cina Melayu di Pesisir Timur Sumatra dan di Malaya
mengalir juga darah Batak dan Nias, sekalipun sudah pasti sulit meneliti
salsilahnya". Sementara hamba-hamba abdi perempuan "became wives of respectable Chinese", hamba-hamba abdi lelaki yang bekerja keras (industrious) "became wealthy". Sesetengah keturunan orang-orang Cina-Cina Selat atau Baba Nyonya adalah hasil dari perkahwinan campur ini. Dalam pada itu, perkahwinan campur ini tidak terhad kepada mereka sahaja. Perpindahan sesetengah keluarga Cina Peranakan dari Medan ke Pulau Pinang dipermudahkan oleh hubungan keluarga dan rangkaian perniagaan seperti dalam hal Cheong Fatt Tze di Pulau Pinang dan Chong Ah Fie di Medan. Rusuhan Pulau Pinang, 1867 Pada 1867, berlaku rusuhan Pulau Pinang di antara "jama'ah" Bendera Merah dan Bendera Putih yang disertai oleh sekutu-sekutu mereka iaitu "kongsi gelap" (istilah yang digunakan oleh pemerintah British) Cina. Orang-orang Melayu, Jawi-Pekan, Jawa dan Boyan (mereka disebut Bawaen di Indonesia) terlibat dalam rusuhan tersebut. Acheen Street menjadi pusat kegiatan "jama'ah" Bendera Merah. Bendera Merah mempunyai cabang di Kampung Jawa, Kampung Bahru, Teluk Jelutong, Sungai Pinang, Sungai Gelugor, Batu Uban, Sungai Nibong, Batu Maung, Teluk Kumbar, Air Hitam, Dato' Kramat, Titi Papan, Penang Road, Dhobie Ghaut, Kampung Lama dan Bayan Lepas. Sesetengah tempat-temapt ini merupakan pemukiman orang-orang Indonesia, khususnya Sumatra. Malah sesetengah ketua 'jama'ah" ini seperti
Said Mahomed Atas, Said Houssain Ideed dan Che Aboo, dianggap sebagai
orang Aceh atau orang yang berasal dari Aceh. "Prang Kaphee Ulanda"
& Dewan Delapan Sejak sekian lama, Pulau Pinang telah menjadi tempat jama'ah Haji bertolak ke tanah suci, Mekah dan Madinah. Ramai jama'ah Haji Aceh telah berlepas dari Pulau Pinang termasuk Teungku Sheikh Saman di Tiro, yang lebih dikenali sebagai Teungku Chik di Tiro. Beliau berangkat ke tanah suci pada tahun 1850-an dengan kapal Inggeris. Teungku Chik di Tiro merupakan tokoh agama yang paling keras menentang Belanda dalam "Prang Kaphee Ulanda". Pada bulan June 1873, seramai 270 jama'ah Haji Aceh terdampar di Pulau Pinang selama hampir setahun lantaran kepungan luat Belanda ke atas Aceh. Jama'ah Haji Aceh ini yang keputusan wang telah ditampung oleh masyarkat Aceh di Pulau Pinang. Ketika itu, ditaksirkan terdapat seramai 300 orang-orang Aceh di Pulau Pinang, dan bilangan ini bertambah dengan kunjungan dari sahabat-handai dan kaum keluarga. Pada tahun 1890, orang-orang Jawa dibawa masuk ke Pulau Pinang untuk bekerja di syarikat relau Cina di Jalan Dato' Kramat. Orang-orang Jawa ini menjadi penghuni Kampong Jawa di jalan tersebut. Sheikh Haji dan Pekerj aan Haji Pulau Pinang menjadi tumpuan Sheikh-Sheikh Haji yang menguruskan jama'ah jama'ah Haji dari negeri-negeri utara semenanjung, Sumatra dan Selatan Siam. Pekerjaan Haji ini berterusan sehingga urusan Haji diambil-alih oleh Tabung Haji dan kapalterbang menggantikan kapal Haj i pada tahun 1970-an. Pada tahun 1889, Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu, seorang anak migran (pendatang) Minang dari Sumatra Barat membesar (barangkali dilahirkan) di Lumut Lane off Acheen Street. Setelah dewasa, beliau menjadi seorang novelis yang hebat menulis dalam bahasa Melayu di Malaya sebelum Perang Dunia Kedua. Novelnya, Iakah Salmah? merupakan novel bahasa Melayu yang pertama yang menggunakan latar lokal/tempatan. Percetakan dan Persuratkhabaran
Melayu Anak-anak keturunan orang-orang Indonesia yang menempah nama di Pulau Pinang dan Malaysia termasuklah pelakon, pengarah dan penyanyi, P. Ramlee, generasi kedua orang Aceh; Abdullah Arif, seorang pelukis perintis (water colourists), generasi kedua orang Batu Bahara dari Sumatra Timur. Kedatangan Masa Kini Menurut sesetengah kalangan, Pulau Tikus telah menjadi suburb orang Tionghua di Pulau Pinang. Kehadiran mereka menjadi kejutan kepada orang Cina dan bukan Melayu, kerana di pasar Pulau Tikus kita akan ketemui dan mendengar orang-orang Cina berbahasa "Melayu" (sebenarnya Bahasa Indonesia) dengan fasih, sedangkan orangorang Cina Pulau Pinang sendiri ramai yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Bagi orang-orang Aceh termasuk pelajar-pelajar Aceh, Pulau Pinang masih menjadi tempat "buangan" yang selamat dari negeri mereka yang sedang "berperang". Bagi orang-orang Indonesia khususnya dari Sumatra yang menghadapi masalah kesihatan, mereka datang ke Pulau Pinang mencari khidmat perubatan. Sementara pembantupembantu rumah Indonesia yang berbanga Jawa, Pulau Pinang tempat mencari rezeki. Dek kerana pendatang, pengunjung dan pelajar Indonesia di Pulau Pinang dianggap sebagai orang luar atau orang asing; dari negara yang dianggap lebih rendah dari Malaysia, dari segi ekonomi; dan kerana sikap orang Malaysia yang menganggap mereka sebagai orang "Indonesia" (istilah serumpun nampaknya lip service sahaja), orang-orang Indonesia di Pulau Pinang, rata-rata tidak diendahkan. Walhal di Pulau Pinang orang-orang Indonesia boleh menemui
warisan budaya peninggalan nenek moyang mereka, sementara bagi orang-orang
Malaysia, di Indonesia mereka boleh menemui tempat asal nenek moyang mereka.
Tapi di Pulau Pinanglah, dapat kita sama-sama menikmati warisan budaya
masing-masing. Nota Hujung
|
|||||||||||